Sunday 1 November 2015

Program Terkini JAKSA - Majlis Pelancaran Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB )


Assalamualaikum,

Di Antara program terkini JAKSA adalah:

Majlis Pelancaran Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB )
pada 02 November 2015 ( Isnin )
Masa : 02.00 Petang - 05.00 Petang
Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK (A) MIS Bintulu.
Sasaran Peserta : 150 Orang


Tetamu VIP       : YB Dr. Anuar Rapaee, ADUN N49 Nangka, Sibu , 
                       Ahli Lembaga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak 

                           En Abdul Mu'in Bin Haji Abdul Kassim,
                           Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu

                           Tuan Haji Muhammad Yakub Kari
                            Residen Bahagian Bintulu

 Di Antara Objektifnya adalah :


1.    Memperkenalkan PUSARIB dan fungsinya kepada masyarakat secara amnya.

2.    Mengumpulkan pelajar muslim dalam satu pusat aktiviti yang mempunyai  
       kemudahan yang terkini dan sesuai dengan keperluan remaja.

3.    Mengangkat masjid sebagai Institusi mesra remaja dan meraikan golongan 
       muda ini.

4.    Menyediakan ruang belajar untuk pelajar-pelajar yang kurang mampu.

5     Memperkenalkan juga Anugerah Tokoh dan Program Pemberian Biasiswa 
       sebagai  program  sampingan kepada AKYBMS.








Sunday 11 October 2015

Majlis Penutupan Bengkel Strategik JAKSA 2015


Gambar sewaktu Majlis Penutupan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim sempena Bengkel Strategik JAKSA UPI PD Bintulu pada 10 Oktober 2015 bertempat Di Li Hua Hotel, Bintulu



Penyampaian Watikah Pelantikan AJK JAKSA UPI PPD Bintulu bagi Sesi 2015 - 2017 di sampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim kepada Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar selaku Pengerusi JAKSA UPI PPD Bintulu

 


Penyampaian Cenderahati di sampaikan oleh Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA kepada Mantan Penolong Penyelia UPI PPD Bintulu, Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, di atas sumbangan beliau membantu pergerakan JAKSA.




Penyampaian Cenderahati disampaikan oleh Pengerusi JAKSA kepada Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim yang telah merasmikan penutupan Bengkel Strategik JAKSA 2015.




 Suratkhabar Utusan Borneo bertarikh 11 Oktober 2015 (Ahad)
 Muka Surat 7

Saturday 12 September 2015

AKTIVITI TERKINI JAKSA UPI PPD BINTULU - GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PUSARIB 2015



Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) UPI PPD Bintulu dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak akan mengadakan Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu  ( PUSARIB ). Oleh yang demikian, gotong – royong  pembersihan bilik PUSARIB, akan diadakan pada keterangan seperti berikut:-

                        Tarikh              :          13 September 2015 ( Ahad )
                        Masa               :           09.00 Pagi 
                        Tempat            :           Bilik PUSARIB, Masjid Assyakirin Bintulu



Insya Allah, nantikan laporan seterusnya mengenai bilik PUSARIB.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dalam merealisasikan kewujudan bilik PUSARIB nanti...


Saturday 4 July 2015

Program Tadarus Perdana RIBAT & Majlis Khatam Al-Quran JAKSA 1436H

Assalamualaikum,

Pada pagi ini, akan di adakan Program Tadarus Perdana RIBAT dan Majlis Khatam Al - Quran bertempat di Masjid At - Taqwa, RPR Sibiew, Bintulu. Program ini akan bermula pada jam 07.30 Pagi dan akan berakhir pada jam 11.00 Pagi. Antara tetamu jemputan yang akan hadir ialah

1)   Encik Rozalani Haji Raini
      Penyelia Unit Pengurusan Sekolah
      PPD Bintulu
      Mewakili Tuan PPD Bintulu, Encik Abdul Mu'in Bin Haji Abdul Kassim

2)  Tuan Haji Abang Arshad Bin Haji Abang Anuar
      Pengerusi,
      Masjid At - Taqwa,
      RPR Sibiew, Bintulu


Insya Allah, peserta yang akan menghadiri adalah di kalangan pelajar - pelajar dari lapan sekolah menengah dan juga lapan dari sekolah rendah.. untuk itu, mohon doakan agar perjalanan program pada pagi ini berjalan dengan lancar serta mengikut apa yang telah di rencanakan... aamiinnn


 

Sunday 14 June 2015

Program Terkini JAKSA di Bulan Ramadhan 1436H

Assalamualaikum,

Program Terkini JAKSA pada Bulan Ramadhan 1436H,

1.  Program ChitChat Ramadhan 1436H
     Tempat : Masjid Darul Hidayah, Tanjung Kidurong, Bintulu
     Tarikh  : 16 Jun 2015 / 28 Syaaban 1436 H
     Hari     : Selasa
     Masa   : 01.30 Petang - 04.30 Petang
     Sasaran : 10 Pelajar dari Sekolah Rendah & Menengah di Daerah Bintulu


2.  Program Eidhul Ilmi 1436H
     Tempat : Masjid Daerah, Bintulu
     Tarikh  : 27 Jun 2015 / 10 Ramadhan 1436 H
     Hari     : Sabtu
     Masa   : 07.15 Pagi - 12.30 Tengah hari
     Sasaran : Pelajar dari Sekolah Rendah & Menengah di Daerah Bintulu


3.  Program Khatam Al - Quran Perdana  RIBAT JAKSA 1436H
     Tempat : Masjid At - Taqwa, Bintulu
     Tarikh  : 04 Julai 2015 / 17 Ramadhan 1436 H
     Hari     : Sabtu
     Masa   : 07.15 Pagi - 11.30 Tengah hari
     Sasaran : 10 Pelajar dari Sekolah Menengah di Daerah Bintulu yang telah khatam &
                      5 Pelajar dari Sekolah Rendah di Daerah Bintulu yang telah khatam


4.  Program Edaran Risalah Sinar Ramadhan JAKSA 1436H
     Tempat : Seluruh Masjid - Masjid dan seluruh sekolah - sekolah di Bahagian Bintulu
     Tarikh  : Setiap Hari Jumaat sepanjang Bulan Ramadhan 1436H
     Hari     : Setiap Hari Jumaat sepanjang Bulan Ramadhan 1436H
    Sasaran : Seluruh Masjid - Masjid dan seluruh sekolah - sekolah di Bahagian Bintulu



5.  Program Gotong Royong memasak & mengedar Bubur Lambuk / Pedas  JAKSA 1436H
     Tempat : Kompleks PERYATIM, Kampung Jepak, Bintulu
     Tarikh  :  11 Julai 2015 / 24 Ramadhan 1436 H
     Hari     : Sabtu
     Masa   : 12.00 Tengah hari - 05.30 Petang
     Sasaran : Hantar ke sekolah yang mempunyai Asrama
                    ( SMK Kemena, SMK Bintulu, KV, SMK Sebauh, SK Sg Kem Batu 18 & PERYATIM )



6.  Majlis Ifthar Jamaie & Mahabbah Ramadhan JAKSA 1436H
     Tempat : Kompleks PERYATIM, Kampung Jepak, Bintulu
     Tarikh  :  11 Julai 2015 / 24 Ramadhan 1436 H
     Hari     : Sabtu
     Masa   : 06.00 Petang - 09.30 Malam
     Sasaran :  41 Anak - anak yatim yang berada di PERYATIM, guru - guru sekolah rendah &
                      menengah Daerah Bintulu, warga PERYATIM serta setempat...

Saturday 13 June 2015

Program Terkini JAKSA

Assalamualaikum,

Di Antara program terkini JAKSA adalah:

      Perbincangan berkaitan kualiti Pendidikan Dan Akademik Anak - anak Muslim di Bintulu kali
      2 /2015, yang mana akan di adakan seperti ketetapan berikut :



                        Tarikh                          : 15 Jun 2015 ( Isnin )
                        Masa                            : 2.30 petang
                        Tempat                        : Bilik Mesyuarat, PPD Bintulu

                     Nama Pengerusi          : En. Abdul Mu’in bin Haji Abdul Kassim
                        Pakaian                         : Pakaian Kerja

    
    Antara  yang hadir adalah Tuan PPD Bintulu sendiri, En Abdul Muin Bin Haji Abdul Kassim, Ust Zunaidi  Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ust Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA UPI PPD Bintulu, AJK LAKIB - En Latif Bin Upit, Pengerusi & Wakil Masjid Asyakirin Bahagian Bintulu, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu serta En Azis Bin Rosli, Pengarah Cawangan Bank Rakyat Bintulu. Tak lupa juga barisan Penasihat JAKSA juga di panggil sekali, di antaranya, Ustaz Syed Harold Salleh Bin Wan Mohamad - Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Cikgu Yusuf Bin Piee - Guru Besar SK Desa Lavang, Ustaz Haji Ahmad Mukarram Sunaryo Bin Hilal - Pendakwah Bebas Bintulu, Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir serta DR Mohamad Maulana Bin Magiman - Pensyarah UPM Kampus Bintulu dan En Shafian Bin Haji Japar dari MLNG Sdn Bhd.  Dan juga di panggil, beberapa guru - guru muslim sekolah rendah & menengah yang ada di Daerah Bintulu.

     Insya Allah, perbincangan ke 2 nanti, lebih kepada perbincangan khusus untuk 3 program besar yang melibatkan kerjasama bersama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak nanti. Antara nya adalah Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB ), Majlis Anugerah Tokoh Pelajar Mithali - Anugerah Al Farabi - Sekolah Menengah / Rendah  Negeri Sarawak dan Biasiswa kepada 20 Pelajar yang terpilih. Nantikan laporan seterusnya mengenai 3 Program besar ini, Insya Allah.