Tuesday 28 April 2015

Mesyuarat Program Qiyadah Training Course Kali 2 / 2015


Assalamualaikum,
         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Program Qiyadah Training Course ( QTC 2015 ) JAKSA 2015 untuk kali ke 2 bermula jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Bintulu. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Cikgu Nurfidyana binti Arshad selaku Penyelaras Program QTC 2015 bersama para AJK Program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Bahagian Bintulu. Ini adalah rentetan dari mesyuarat yang pertama yang mana telah di adakan pada 22 April 2015, bertempat  di Bilik Mesyuarat, SK (A) MIS Bintulu.


Antara objektif program ini adalah :

Saturday 18 April 2015

Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015


Assalamualaikum,

Insya Allah, dalam beberapa jam lagi akan di adakan Program di bawah kelolaan JAKSA yang seterusnya iaitu Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015.

Antara objektif program ini adalah :

Sunday 12 April 2015

Gambar - gambar Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, AJK P.T.U.F JAKSA 2015 telah selesai melaksanakan program kedua di bawah kelolaan JAKSA sendiri.. walaupun di adakan pada hari Sabtu, tapi kehadiran masih boleh dibanggakan walaupun tidak mencapai sasaran yang sebenarnya. Ucapan terima kasih kepada semua Penceramah iaitu :

Saturday 11 April 2015

Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015

Assalamualaikum,

Insya Allah, dalam beberapa jam lagi akan di adakan Program di bawah kelolaan JAKSA iaitu Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015.


Antara objektif program ini adalah :



1.1   Menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pendidik di Bintulu tentang kepentingan menjadi pendidik yang menghayati pengamalan agama


1.2   Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga muslim dalam masyarakat dan sekolah dalam menghayati sifat sebagai pendidik muslim


1.3   Memanfaatkan tenaga dan ilmu di kalangan semua Guru Pendidikan Islam dan guru-guru muslim yang lain yang bertugas di Bahagian Bintulu.


1.4   Menyuburkan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat setempat (khususnya pelajar-pelajar muslim), serta mengaktifkan peranan warga pendidik dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah (dalam rangka aktiviti JAKSA). 


Friday 10 April 2015

VEST JAKSA

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, berkat doa rakan - rakan GPI serta AJK JAKSA dan tak lupa juga kepada sokongan padu dari Penaung sekaligus Pengasas JAKSA Bintulu, Encik Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim, kini JAKSA telah mempunyai imej yang tersendiri iaitu VEST JAKSA yang mana WAJIB di miliki oleh semua AJK JAKSA & KP PAI Bahagian Bintulu. 

Thursday 9 April 2015

Suasana Mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 Kali ke 2

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA yang  di adakan pada petang tadi ( 09 April 2015 - Khamis ) jam 2.30 - 5.00 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu telah berjalan dengan baik dan lancar. Insya Allah, dengan pelaporan setiap AJK akan memantapkan lagi program pada hari Sabtu ini... Mohon Doa rakan - rakan agar di permudahkan segala urusan nanti... 



Mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 Kali 2 / 2015


Assalamualaikum,

         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 untuk kali ke 2 bermula jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Cikgu Nik Lizam Bin Nik Yahya selaku Penyelaras Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 bersama para AJK program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Bahagian Bintulu. Ini adalah rentetan dari mesyuarat yang pertama yang mana telah di adakan pada 01 April 2015, bertempat  di Bilik Mesyuarat, SK Bintulu.

Antara objektif program ini adalah :

Monday 6 April 2015

Mesyuarat Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015

Assalamualaikum,

         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 jam 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang bertempat di Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu.. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Ustaz Mohd Faez Bin Mat Zin selaku Penyelaras Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 bersama para AJK program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Menengah Bahagian Bintulu.

         Antara objektif program ini adalah :

Saturday 4 April 2015

PROGRAM TERKINI JAKSA TAHUN 2015

ANTARA PROGRAM TERKINI JAKSA UPI PPD BINTULU ;

1.  Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA akan di adakan pada 11 April 2015 dan insya    
      Allah, tempatnya di Auditorium Mini, Perpustakaan BDA.

2.  Program Muzakarah Pembimbing RIBAT akan di adakan pada 18 April 2015 dan bertempat di 
     Bilik Seminar, SMK Bintulu 

Mohon doa dari sahabat-sahabat agar di permudahkan segala urusan.. amiinnn

Assalamualaikum






Assalamualaikum, kini telah ada blogspot JAKSA Bintulu yang mana akan di paparkan tentang perjalanan segala program JAKSA 2015.. Insya Allah, akan selalu di kemaskini dengan perkembangan terkini... Mohon doa agar di permudahkan segala urusan...