Tuesday 26 April 2016

Mesyuarat Pemilihan Tokoh Pelajar Mithali Bintulu PT3, SPM dan STPM 2015

PROGRAM TERKINI JAKSA.

Assalamualaikum,

Syukur kepada Allah, kerana telah di beri kekuatan serta kesihatan, kini JAKSA melabuhkan tirai untuk melaksanakan pelbagai program JAKSA untuk sesi 2016...

Insya Allah pada petang ini, JAKSA UPI PPD Bintulu akan mengadakan Mesyuarat Pemilihan Tokoh Pelajar Mithali Bintulu PT3, SPM dan STPM 2015, yang mana akan di adakan seperti berikut :

Tempat   :   Bilik Runding Cara, PPD Bintulu
Masa      :   2.15 Petang
Tarikh    :    26 April 2016 / Selasa

Semua sekolah menengah di Bintulu telah menghantar penyertaan dan pada petang ini akan di nilai serta setelah keputusan akan diketahui, pihak keluarga dan penerima tokoh nanti, akan  dijemput dalam program khusus keagamaan PPD Bintulu di Masjid Assyakirin nanti... Insya Allah, sama - sama kita doakan agar di permudahkan segala urusan... aamiinn

Sunday 1 November 2015

Program Terkini JAKSA - Majlis Pelancaran Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB )


Assalamualaikum,

Di Antara program terkini JAKSA adalah:

Majlis Pelancaran Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB )
pada 02 November 2015 ( Isnin )
Masa : 02.00 Petang - 05.00 Petang
Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK (A) MIS Bintulu.
Sasaran Peserta : 150 Orang


Tetamu VIP       : YB Dr. Anuar Rapaee, ADUN N49 Nangka, Sibu , 
                       Ahli Lembaga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak 

                           En Abdul Mu'in Bin Haji Abdul Kassim,
                           Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu

                           Tuan Haji Muhammad Yakub Kari
                            Residen Bahagian Bintulu

 Di Antara Objektifnya adalah :


1.    Memperkenalkan PUSARIB dan fungsinya kepada masyarakat secara amnya.

2.    Mengumpulkan pelajar muslim dalam satu pusat aktiviti yang mempunyai  
       kemudahan yang terkini dan sesuai dengan keperluan remaja.

3.    Mengangkat masjid sebagai Institusi mesra remaja dan meraikan golongan 
       muda ini.

4.    Menyediakan ruang belajar untuk pelajar-pelajar yang kurang mampu.

5     Memperkenalkan juga Anugerah Tokoh dan Program Pemberian Biasiswa 
       sebagai  program  sampingan kepada AKYBMS.








Sunday 11 October 2015

Majlis Penutupan Bengkel Strategik JAKSA 2015


Gambar sewaktu Majlis Penutupan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim sempena Bengkel Strategik JAKSA UPI PD Bintulu pada 10 Oktober 2015 bertempat Di Li Hua Hotel, Bintulu



Penyampaian Watikah Pelantikan AJK JAKSA UPI PPD Bintulu bagi Sesi 2015 - 2017 di sampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim kepada Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar selaku Pengerusi JAKSA UPI PPD Bintulu

 


Penyampaian Cenderahati di sampaikan oleh Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA kepada Mantan Penolong Penyelia UPI PPD Bintulu, Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, di atas sumbangan beliau membantu pergerakan JAKSA.




Penyampaian Cenderahati disampaikan oleh Pengerusi JAKSA kepada Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim yang telah merasmikan penutupan Bengkel Strategik JAKSA 2015.




 Suratkhabar Utusan Borneo bertarikh 11 Oktober 2015 (Ahad)
 Muka Surat 7

Saturday 12 September 2015

AKTIVITI TERKINI JAKSA UPI PPD BINTULU - GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PUSARIB 2015



Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA) UPI PPD Bintulu dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak akan mengadakan Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu  ( PUSARIB ). Oleh yang demikian, gotong – royong  pembersihan bilik PUSARIB, akan diadakan pada keterangan seperti berikut:-

                        Tarikh              :          13 September 2015 ( Ahad )
                        Masa               :           09.00 Pagi 
                        Tempat            :           Bilik PUSARIB, Masjid Assyakirin Bintulu



Insya Allah, nantikan laporan seterusnya mengenai bilik PUSARIB.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dalam merealisasikan kewujudan bilik PUSARIB nanti...