Thursday, 9 April 2015

Mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 Kali 2 / 2015


Assalamualaikum,

         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 untuk kali ke 2 bermula jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Cikgu Nik Lizam Bin Nik Yahya selaku Penyelaras Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 bersama para AJK program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Bahagian Bintulu. Ini adalah rentetan dari mesyuarat yang pertama yang mana telah di adakan pada 01 April 2015, bertempat  di Bilik Mesyuarat, SK Bintulu.

Antara objektif program ini adalah :

1.1   Menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pendidik di Bintulu tentang kepentingan menjadi pendidik yang menghayati pengamalan agama
1.2   Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga muslim dalam masyarakat dan sekolah dalam menghayati sifat sebagai pendidik muslim
1.3   Memanfaatkan tenaga dan ilmu di kalangan semua Guru Pendidikan Islam dan guru-guru muslim yang lain yang bertugas di Bahagian Bintulu.
1.4   Menyuburkan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat setempat (khususnya pelajar-pelajar muslim), serta mengaktifkan peranan warga pendidik dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah (dalam rangka aktiviti JAKSA). 

Tarikh pelaksanaan Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 :

        Tarikh / Hari   :      11 April 2015 / Sabtu 
        Masa             :      07.00 Pagi - 01.00 Petang 
        Sasaran         :      10 orang guru - guru baru beragama Islam  
                                       setiap sekolah ( Penempatan sesi 2015 serta  
                                       Panitia Pendidikan Islam )
        Tempat           :      Auditorium Mini, Perpustaaan BDA Bintulu.

Tema Program kali ini ialah " Ukhuwwah Terbina, Peribadi Luhur "
  
Insya Allah, akan timbulnya semangat mengajar dan jiwa murabbi dalam
diri guru - guru termasuklah guru - guru baru nanti di dalam program ini.
Program ini. nantikan laporan seterusnya mengenai P.T.U.F JAKSA 2015
 
 

No comments:

Post a Comment