Saturday, 18 April 2015

Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015


Assalamualaikum,

Insya Allah, dalam beberapa jam lagi akan di adakan Program di bawah kelolaan JAKSA yang seterusnya iaitu Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015.

Antara objektif program ini adalah :

1. Menanamkan rasa kepentingan membimbing remaja muslim di Bintulu  
    dalam kalangan warga pendidik muslim yang bertugas di Bintulu.

2. Mewujudkan jalinan ukhwah Islamiyyah di antara semua warga pembimbing 
    RIBAT.  

3. Membuka peluang kepada warga pendidik muslim di Bintulu untuk terlibat  
    bersama-sama secara langsung untuk bermuzakarah tentang agenda 
    dakwah dan islah ke arah memperbaiki dan  mempertingkatkan sahsiah dan 
    akademik pelajar muslim di Bintulu.


Tarikh pelaksanaan  Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 :
   Tarikh / Hari    :     18 April 2015 / Sabtu   
   Masa             :      07.00 Pagi - 01.00 Petang   
   Sasaran         :      5 orang guru - guru baru beragama Islam yang    
                               komited di setiap sekolah menengah di  Bintulu.
   Tempat           :     Bilik Seminar, SMK Bintulu. 
Tema Program kali ini ialah " Memperkasakan RIBAT di Bintulu "

Antara Penceramah yang akan mengisi slot untuk memperkukuhkan 
RIBAT di Sekolah Menengah di Bintulu sekaligus di kalangan guru - guru 
baru tersebut adalah Yang di hormati Al - Fadhil Ustaz Abdul Halim Bin 
Othman, Pensyarah di UPM Kampus Bintulu dan juga adalah salah seorang
Penasihat JAKSA UPI PPD Bintulu.
Insya Allah, dengan pelbagai slot yang di isi oleh Sahabat - sahabat AJK
nanti untuk mengisi ilmu berkenaan hal RIBAT di dada guru - guru baru 
tersebut, di tambah lagi dengan Ceramah yang akan di sampaikan oleh 
Al - Fadhil Ustaz Abdul Halim nanti, diharapkan dapat memberikan 
kefahaman, pengetahuan serta semangat motivasi yang mantap untuk 
memperkukuhkan di sekolah menengah masing - masing.. Mohon doa 
dari sahabat - sahabat semua agar di permudahkan segala urusan serta 
perjalanan program pada pagi ini sehingga tengah hari ini, berjalan 
dengan baik dan lancar. Aamiinn..

No comments:

Post a Comment