Saturday 13 June 2015

Program Terkini JAKSA

Assalamualaikum,

Di Antara program terkini JAKSA adalah:

      Perbincangan berkaitan kualiti Pendidikan Dan Akademik Anak - anak Muslim di Bintulu kali
      2 /2015, yang mana akan di adakan seperti ketetapan berikut :



                        Tarikh                          : 15 Jun 2015 ( Isnin )
                        Masa                            : 2.30 petang
                        Tempat                        : Bilik Mesyuarat, PPD Bintulu

                     Nama Pengerusi          : En. Abdul Mu’in bin Haji Abdul Kassim
                        Pakaian                         : Pakaian Kerja

    
    Antara  yang hadir adalah Tuan PPD Bintulu sendiri, En Abdul Muin Bin Haji Abdul Kassim, Ust Zunaidi  Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ust Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA UPI PPD Bintulu, AJK LAKIB - En Latif Bin Upit, Pengerusi & Wakil Masjid Asyakirin Bahagian Bintulu, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu serta En Azis Bin Rosli, Pengarah Cawangan Bank Rakyat Bintulu. Tak lupa juga barisan Penasihat JAKSA juga di panggil sekali, di antaranya, Ustaz Syed Harold Salleh Bin Wan Mohamad - Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Cikgu Yusuf Bin Piee - Guru Besar SK Desa Lavang, Ustaz Haji Ahmad Mukarram Sunaryo Bin Hilal - Pendakwah Bebas Bintulu, Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir serta DR Mohamad Maulana Bin Magiman - Pensyarah UPM Kampus Bintulu dan En Shafian Bin Haji Japar dari MLNG Sdn Bhd.  Dan juga di panggil, beberapa guru - guru muslim sekolah rendah & menengah yang ada di Daerah Bintulu.

     Insya Allah, perbincangan ke 2 nanti, lebih kepada perbincangan khusus untuk 3 program besar yang melibatkan kerjasama bersama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak nanti. Antara nya adalah Pusat Aktiviti Remaja Islam Bintulu ( PUSARIB ), Majlis Anugerah Tokoh Pelajar Mithali - Anugerah Al Farabi - Sekolah Menengah / Rendah  Negeri Sarawak dan Biasiswa kepada 20 Pelajar yang terpilih. Nantikan laporan seterusnya mengenai 3 Program besar ini, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment