Monday 6 April 2015

Mesyuarat Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015

Assalamualaikum,

         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 jam 2.30 Petang sehingga 4.30 Petang bertempat di Masjid Assyakirin, Bahagian Bintulu.. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Ustaz Mohd Faez Bin Mat Zin selaku Penyelaras Program Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 bersama para AJK program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Menengah Bahagian Bintulu.

         Antara objektif program ini adalah :

  1.  Menanamkan rasa kepentingan membimbing remaja muslim di Bintulu dalam kalangan warga pendidik muslim yang bertugas di Bintulu.
  2. Mewujudkan jalinan ukhwah Islamiyyah di antara semua warga pembimbing RIBAT.
  3. Membuka peluang kepada warga pendidik muslim di Bintulu untuk terlibat bersama-sama secara langsung untuk bermuzakarah tentang agenda dakwah dan islah ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan sahsiah dan akademik pelajar muslim di Bintulu

Tarikh / Hari            :      18 April 2015 / Sabtu
Masa                      :      07.00 Pagi - 01.00 Petang
Sasaran                 :      5 orang guru - guru baru Muslim yang komited  di setiap sekolah 
                                      menengah di Bahagian Bintulu.
Tempat                    :     Bilik Seminar, SMK Bintulu


Tema Muzakarah Pembimbing RIBAT 2015 ialah     ‘ Memperkasakan RIBAT di Bintulu  ‘

Insya Allah, akan wujudnya transformasi di kalangan Guru - guru Pembimbing RIBAT ini di dalam Muzakarah nanti... nantikan laporan seterusnya mengenai Muzakarah Pembimbing RIBAT.

No comments:

Post a Comment