Tuesday 28 April 2015

Mesyuarat Program Qiyadah Training Course Kali 2 / 2015


Assalamualaikum,
         Insya Allah, pada petang ini akan di adakan mesyuarat Program Qiyadah Training Course ( QTC 2015 ) JAKSA 2015 untuk kali ke 2 bermula jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Bintulu. Antara yang hadir adalah Ustaz Zunaidi Bin Mohd Yussof, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu, Ustaz Mohamad Solahhudin Bin Abu Bakar, Pengerusi JAKSA Bintulu, Cikgu Nurfidyana binti Arshad selaku Penyelaras Program QTC 2015 bersama para AJK Program ini, yang mana di kalangan Guru - Guru Muslim Sekolah Bahagian Bintulu. Ini adalah rentetan dari mesyuarat yang pertama yang mana telah di adakan pada 22 April 2015, bertempat  di Bilik Mesyuarat, SK (A) MIS Bintulu.


Antara objektif program ini adalah :


1.1   Dapat memupuk bakat kepimpinan, ketrampilan dan personaliti sebenar sebagai pemimpin pelajar Islam
1.2  Mengukuhkan Ukhuwah Islamiyyah dalam kalangan pemimpin pelajar muslim di sekolah menengah bahagian Bintulu
1.3  Menanamkan semangat dan kesedaran untuk menjalankan tugas dakwah Islamiyyah di peringkat sekolah
       1.4   Mewujudkan sebuah organisasi RIBAT dalam kalangan pelajar yang 
               mewakili gabungan sekolah-sekolah menengah bahagian Bintulu
Tarikh pelaksanaan Program QTC 2015 :

   Tarikh / Hari           :      08 - 09 Mei 2015 / Jumaat & Sabtu 
            Masa Pendaftaran   :      02.20 Petang 
   Penyertaan             :      10 Orang Pelajar Muslim 
                                       ( 5 Pelajar lelaki & 5 Pelajar Perempuan ) 
Kriteria Pemilihan    : a) Pelajar Menengah atas, dengan kebolehan 
                                    memimpin dan memiliki sahsiah terpuji 
                                    ( Keutamaan kepada ahli RIBAT )
                               b) Sekiranya tiada pelajar menengah atas yang 
                                   difikirkan layak, maka pelajar menengah 
                                   rendah yang memiliki personaliti kepimpinan 
                                   dibenarkan. 
Tempat           :      Pusat Islam, Universiti  Putra Malaysia Kampus Bintulu

Tema Program kali ini ialah " Ke Arah Melahirkan Pendakwah Muda  "
  
Insya Allah, akan timbulnya semangat Kepimpinan, ketrampilan, 
personaliti sebenar dan juga sahsiah di kalangan pelajar - pelajar nanti. 
Nantikan laporan seterusnya mengenai Program QTC 2015, Insya Allah

No comments:

Post a Comment