Saturday 11 April 2015

Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015

Assalamualaikum,

Insya Allah, dalam beberapa jam lagi akan di adakan Program di bawah kelolaan JAKSA iaitu Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015.


Antara objektif program ini adalah :



1.1   Menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pendidik di Bintulu tentang kepentingan menjadi pendidik yang menghayati pengamalan agama


1.2   Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga muslim dalam masyarakat dan sekolah dalam menghayati sifat sebagai pendidik muslim


1.3   Memanfaatkan tenaga dan ilmu di kalangan semua Guru Pendidikan Islam dan guru-guru muslim yang lain yang bertugas di Bahagian Bintulu.


1.4   Menyuburkan aktiviti dakwah di kalangan masyarakat setempat (khususnya pelajar-pelajar muslim), serta mengaktifkan peranan warga pendidik dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah (dalam rangka aktiviti JAKSA). 



Tarikh pelaksanaan Program Tautan Ukhuwwah Fillah JAKSA 2015 :



        Tarikh / Hari   :      11 April 2015 / Sabtu 

        Masa             :      07.00 Pagi - 01.00 Petang 

        Sasaran         :      10 orang guru - guru baru beragama Islam  

                                       setiap sekolah ( Penempatan sesi 2015 serta  

                                       Panitia Pendidikan Islam )

        Tempat           :      Auditorium Mini, Perpustaaan BDA Bintulu.
        Kerjasama       :      BAHARIS BDA 



Tema Program kali ini ialah " Ukhuwwah Terbina, Peribadi Luhur " 

Semalamnya ( Hari Jumaat - 10 April 2015 ) telah di adakan beberapa
persiapan terakhir termasuklah menyediakan meja untuk Pengerusi 
majlis, tempat duduk peserta, meja makan VIP, menyediakan meja 
pameran JAKSA, meja pendaftaran dan banyak lagi, yang mana berakhir 
jam 5.50 petang. Insya Allah, pagi ini sebelum kemenjadian program 
nanti, akan di buat pemeriksaan terakhir sebelum bermulanya program 
iaitu jam 8.00 pagi nanti.

Antara penceramah yang hadir adalah :

1) En Abdul Azis Bin Rosli 
    Pengurus Cawangan Bank Rakyat Bintulu
    Tajuk : Mengenai Bank Rakyat

2) Ustaz Haji Ahmad Mukarrom Sunaryo Bin Hilal 
    Pendakwah Bebas Bintulu
    Tajuk : Guru Pilihanku

3) Ustaz Muamar Gadaffi Bin Abdul Hadi 
    Eksekutif Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Bintulu.
    Tajuk : Zakat Pendapatan

4) Cikgu Wan Juliana Binti Wan Mohd Zain 
    Wakil dari Bintulu Iqra Center ( BIC )
    Tajuk : Ombak Ranjau Dakwah di Bintulu

5) En Yusuf Bin Pi'ee
    Guru Besar SK Desa Lavang / Penasihat JAKSA
    Tajuk : Indahnya menjadi pendidik & Pengenalan JAKSA

6) En Yusup Bin Haji Harbi 
    Ketua Unit Pengurusan Organisasi PPD Bintulu
    Amanat dan Penutupan Program.

Insya Allah, dengan pelbagai ceramah ini nanti, akan dapat memberikan 
kefahaman serta pengetahuan kepada semua guru - guru terutama guru- 
guru baru ( Penempatan sesi 2015 ). Mohon doa dari sahabat - sahabat 
semua agar di permudahkan segala urusan serta perjalanan program 
pada pagi ini sehingga tengah hari ini, berjalan dengan baik dan 
lancar. Aamiinn..

No comments:

Post a Comment