Friday 10 April 2015

VEST JAKSA

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, berkat doa rakan - rakan GPI serta AJK JAKSA dan tak lupa juga kepada sokongan padu dari Penaung sekaligus Pengasas JAKSA Bintulu, Encik Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim, kini JAKSA telah mempunyai imej yang tersendiri iaitu VEST JAKSA yang mana WAJIB di miliki oleh semua AJK JAKSA & KP PAI Bahagian Bintulu. 

Encik Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim sendiri telah merasmikan VEST JAKSA ketika menghadiri mesyuarat Pengurusan Induk Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik ( JAKSA ) PPD Bintulu Bil 1/2015 pada 26 Februari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Bintulu.

Kini, di buka penjualan VEST JAKSA dan harga yang di tetapkan adalah sebanyak RM 40.00 sehelai. Mudah - mudahan dengan penggunaan VEST JAKSA di setiap aktiviti JAKSA nanti, masyarakat di Bintulu terutama di kalangan Warga Pendidik secara khususnya mula menyedari kehadiran JAKSA, insya Allah.

VEST JAKSA di rasmikan oleh Encik Abdul Mu'in Bin Abdul Kassim sendiri


 Pandangan Depan VEST JAKSA


  Pandangan Belakang VEST JAKSA



No comments:

Post a Comment